Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

21 November 2009

upsr...makin mantap...

tahniah.....tahniah...tahniah.... buat semua guru2 upsr dan murid2 yg berjaya dan pentadbir sekolah....
peningkatan

kalau tahun sebelumnya pencapaian upsr terbaik iaitu seramai 27 orang, namun tahun 2008 upsr telah menjunam turun ke 11 orang sahaja... ini merupakan satu pukulan terhadap gb dan barisan guru upsr...

kami semua terpaksa bekerja keras untuk melonjakkan kembali.... pendeknya upsr adalah lambang bagi sesebuah sekolah...cemerlang upsr maka cemerlang lah sekolah tersebut...

tahun ni pencapaian 5A telah meningkat kepada 23 orang dan seramai 13 orang yg mendapat 4A 1B... seorang murid dari kelas yg ke 2 telah mendapat 5A... tahniah anak-anakku....


gb mengumumkan keputusan upsr 2009

pencapaian m/p sains amat memberangsankan... telah memperolehi 55 orang A daripada 94 calon... sangat berbeza dari subjek2 yg lain...



debaran yang dirasai oleh murid2



kegembiraan jelas terpancar di wajah mantan penyelaras upsr... beliau bergegas datang dari sk kg buluh untuk melihat prestasi upsr....


barisan calon yg mendapat 5A


guru-guru turut bergaya....ceria semuanya..


** bagaimana dengan tahun 2010.... adakah dapat meningkatkan prestasi....?????

Tiada ulasan: