Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

11 November 2009

jamuan akhir murid upsr

Hanya semalam cik ann sempat buat slaid untuk jamuan perpisahan tahun 6 ni... sebelum ni nak siapkan kertas2 exam dulu...nampaknya bila my hubby sibuk nak uruskan persaraan gb nya hari ni... cik ann pun sibuk sama... maklumlah sekejap hubby nak ajak beli perabut lah... nak tengok barang2 lain....

Dua tiga hari sebelum ni, tolong siapkan slaid untuk gbnya... cik ann ni tak berapa mahir nak gunakan program utk buat slaid video... try and error lah... buat2... tengok2 tak jadi.... akhirnya dapat juga cik ann siapkan malam kelmarin.... terpaksa bersengkang mata lah.... slaid ni utk program dalaman sahaja  kelmarin.....perpisahan antara gb dgn staff dan murid2.. yg rasminya utk hari ni ustaz kat sek dia yg buat...
boleh lah... dalam try and error ni dapatlah siapkan juga...

semalam bersengkang mata nak siapkan slaid jamuan akhir tahun ni... tambahan pula cik ann nak masukkan gambar2 penyelaras (kak nab)  yg telah naik pangkat.. hari ni dijemput khas datang ke sekolah.... gambar2 murid pun hanya suruh mereka sendiri yg ambil... tak kena dengan kehendak... walau bagaimanapun ok lah.. cuma gambar2 guru2 sahaja yg ada sedikit shj dalam simpanan... apapun gunakan saje mana yg ada...

mungkin dah beberapa hari tidur yg tidak menentu.. pagi ni demam pulak... tel pk1 pergi lewat ckit ke sek.. nak g klinik... anak2 tak payah pergi lah sek.. ummi tak sihat... apa lagi bersorak lah... malas ... tapi kat sek sekrg tak belajarpun.. masing2 bezy utk majlis esok.. ibu bapa kena datang sendiri utk tandatangan buku pkbs anak2..

alamak... nampaknya mid term exam sabtu ni jawab ape ye utk ethics ni.... tak sempat2 nak membaca... ari sabtu ni ada satu lagi majlis jamuan ahkir tahun.. buat kat restoran sham bunga raya di kb... pendeknya cik ann kena drive sendiri lah... nak pergi periksa.( ada dah penumpang 4 org dah booking).. lepas exam pi jamuan lak...jalan2 kat kb ni bukan biasa sangat.. selalunya ada diver kat sebelah.. kira redah je lah... guru2 yg lain pergi naik bas... bersama2 dgn staff yg lain.. hanya berapa kerat shj yg naik kereta..

**** gambar tak sempat nak upload... tambahan lak tak berapa cantik.. bdk2 tu yg ambil hari ni... cik ann dok jaga laktop je.. x sempat nak snaps.. tunggu majlis satu lagi ni..

Tiada ulasan: