Assalamualaikum

Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.

Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

03 November 2009

terkenang rakan2 lama

Setiap hari sentiasa sibuk dengan tugasan harian... maklumlah di akhir tahun ni banyak kerja2 yang perlu diselesaikan sebelum bermulanya cuti panjang...
 Terkenang pada rakan-rakan yang lama... kenangan semasa di maktab, bagaimana dengan rakan2 yang lain..

Bagaimana dengan corak kehidupan masing-masing... sudah 14 tahun meninggalkan maktab yang telah menjadikan kita semua seorang guru ..

Untuk rakan serumah sewa, hanya nasirah yang kini masih lagi terus berhubung.  Andaikata kita semua dapat berkumpul sekali lagi, sudah tentu lebih meriah dengan cerita kehidupan yang dilalui bersama.. buat teman2 MT2 di mpktbr sesi 1993/1995 semoga ada kesempatan untuk kita berkumpul semula... hanya masa yang menentukan..


aisyah mariah....


cik ann dapat mms dari nasirah tentang babynya..kiutnya.. semoga sihat walafiat.. terkenang pada kak lisa di KL, yati kat kuantan, jiela di kemaman serta yang lain... semoga tetap menjadi seorang guru yang berdedikasi....

 ***nak masukkan gambar lama tak sempat nak scan lagi...

Tiada ulasan: