Akhirnya selesai juga hari ini menjawab kertas peperiksaan untuk semester ini... nanti tunggu resultnya pulak..masa tu barulah sedikit berdebar..camne ... masa jawab soalan..hentam saja lah..janji jawab..
Cuma hari ini tidak lah rasa sepenat sabtu minggu lepas... apa taknya pakai drebar..lagipun minggu lepas dalam satu hari 2 kertas.. mt pada sebelah pagi nya, ps sebelah petangnya... aduh balik bawak keretapun semacam je..nak pecah kepala dok jawab soalan... ha sekarang ni boleh relaks sakan lah sementara masuk sem baru..
Bolehlah mulakan projek tambahan lain lak..nak kekalkan johan 3K bagi kelas untuk bulan depan.. itu satu cabaran kat sekolah baru ni...
Hidup ini adalah warna-warna yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.
Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

10 April 2011
03 April 2011
Kerana mu..
Pada hari jumaat, selepas je sembahyang jumaat, sempena dengan pesta buku Kelantan yang sedang di adakan dan dipromosikan oleh SMO.. pergi je.... apa yang paling penting sebenarnya hari ini ada Upin dan Ipin kat pesta buku...tak jadi le nak study nampak gayanya..apa yang nak dijawab esok yee.. demi anak-anak..
Penuh sesak orang kat dewan..nak dapatkan belon free bukannya sekejap..tunggu jugak..nak jugak..itu lah Azib..terpaksa berebut dengan orang ramai nak dapatkan belon free...
Tup tap tup tap... siap dok beratur lagi nak bergambar dengan Upin ipin..bersesak-sesak...time macam mengalahkan pengantin baru berpossing je.. dalam kesesakan tu..sempat lah bergambar buat kenag-kenangan..

14 Mac 2011
akhirnya selesai...
Dalam kekalutan dan banyak perkara yang dilakukan... ketiga-tiga tugasan dapat disiapkan dan telah pun summit kepada OUm...terasa hilang satu bebanan...tapi yg menanti adalah peperiksaannya pulak pada awal bulan april ini...
11 Mac 2011
banyaknya kerja...
Hari ni bermulanya cuti sekolah untuk negeri di pantai timur.... anak-anak mula berseronok... maklumlah cuti..maka buku2 pun juga bercuti lah..
Untuk 2 hari ini betul-betul terpaksa bertungkus lumus nak menyiapkan tugasan...ada satu lagi yang belum siap..kalau ikutkan dateline pada 14 hb ni... tapi mesti siapkan jugak satu tu hari ni...
Bukak blog ni nak hilangkan rasa stress.....dapat menulis sepatah duapun dah boleh menghilangkan bebanan kat kepala ni... banyaknye perkara yang kena buat....
Majlis perkahwinan anak saudara...kak ina hari ahad ni..banyak lah kerja2 yang kena tolong siapkan....yg paling sukanya..anak2 dapat berkumpul dengan geng2 dia...alani dok menunggu bila lah erin nak balik kg..ni dah jumpa x ingat ke makan minum..asyik main je..
Lepas selesai semuaperkara ni, kena siap tandakan kertas soalan OTI lah pulak... nanti bukak sekolah nak markah, dan yang paling pentingnya terpaksa buat persiapan untuk majlis persaraan guru besar pada akhir bulan mac ni....sekarang ni pun tengah dok berlatih.... bertukar je kat sekolah ni kena pulak bahagian persembahan untuk persaraan gb...kalau setakat tolong carikan lagu dan putarkan lagu boleh lah...nak buat gaya untuk persembahan murid tu tak tau langsung..kita ni bukannya orang seni...nasib baik kak mah ada...kalau tak haru biru jadinya...

09 Mac 2011
dapat masuk suratkhabar...
Masa kat sekolah tadi, sambil menunggu murid-murid menjawab soalan ujian OTI 1, tetiba je my hubby telepon...saja nak bagi tau tentang info sekolahnya masuk paper hari ni... ni copy daripada Utusan Malaysia Online.. mesti dia dan satu sekolah bangga sangat dengan berita ini.. . semoga sk keluang sukses di masa akan datang....

500 murid SK Keluang sertai peraduan mewarna
Para peserta bersama guru-guru dan ibu bapa yang memeriahkan acara peraduan mewarna anjuranUtusan Malaysia di Institut Perguruan Sultan Mizan, Besut, baru-baru ini.
BESUT 8 Mac - Seramai 500 murid Sekolah Kebangsaan Keluang menyertai peraduan mewarna anjuran Utusan Malaysia yang berlangsung di Institut Perguruan Sultan Mizan, dekat sini baru-baru ini.
Eksekutif Pemasaran Zon Timur, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Nazri Saad berkata, peraduan diajurkan bersama Yayasan Islam Terengganu dan IQ Optometrist.
Menurutnya, sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu tahap satu yang disertai oleh murid tahun satu hingga tiga dan tahap dua pula melibatkan murid tahun empat hingga enam.
"Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima sebuah basikal, beg dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga menerima hamper, beg dan sijil," katanya.
Bagi kategori tahap satu, tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Hasiff Sakueri, Muhammad Kasful Baqy Taha (kedua), Harith Rosly (ketiga) dan Halimi Azman (keempat).
Muhammad Luqman Hakim Mahari menjurai tahap dua, diikuti
Nurul Izzati Mat Hassan (kedua), Siti Sarah Aqilah Mohamad (ketiga) dan Siti Mariam Saniah Mohd. (keempat).
Kata Nazri, memandangkan sambutan terhadap program ini begitu menggalakkan, ia akan diteruskan ke sekolah lain pada masa akan datang.
"Ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak kami untuk dekatkan diri dengan pelbagai peringkat masyarakat di samping membantu menggalakkan kegiatan kreatif," ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
07 Mac 2011
Jamuan Perpisahan SK Kerandang
Hari ini mendapat surat jemputan ke jamuan majlis perpisahan di sekolah lama... seramai 10 orang yang bertukar, tetapi 2 orang guru menguzurkan diri..
Kebetulan pula hari ini bermulanya uijian OTI 1 selama 3 hari.. semua murid balik awal kerana pada sebelah petangnya diadakan Mesyuarat Agung PIBG SKP.... selepas kelas berakhir, pergi ke SKK bersama-sama dengan anak-anak.. mereka pun nampaknya gembira kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan..
Hati ini merasa pelbagai perasaan, rasa terharu, sedih gembira .. di sinilah tempat kita menimba ilmu, pastinya terasa sedih kerana sudah lama berkhidmat di sana... walau apapun , setiap pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan...
Nampak rakan-rakan gembira, sedih pun ada.. Guru besar pun nampak kesedihan, nak bercakap panjang pun takut nanti bertukar suasana...

06 Mac 2011
rasa nak cuti lama..
Cuti hujung minggu 2 hari bagaikan tak cuti rasanya....Hari jumaat macam biasa lah sibuk dengan rutin harian dan kerja rumah... lastnya..petang jumaat pi kuala terengganu...nak membeli sedikit barang...baliknya dah tengah malam...
Hari sabtu pulak ada kuliah..dari pagi sampailah pukul 2.30 ptg.. nasib baik kelas berturutan... ada jugak kawan-kawan yg kelasnya habis pukul 7 petang..kalau yg jauhnya...alamak nasib badanlah..... Datang ke kelas pagi ni rasanya bawa kereta kelam kabut..nak kejar masa takut terlewat masuk kelas...dapat tutornya x leh lewat kalau tak.....
Balik kat rumah dengan penatnya... Sampai je kat rumah , anak2 bagitau lak arnab dah terlepas 3 ekor..dapat tangkap seekor, tinggal lagi 2... kejar2 tak dapat..dok menyorok kat bawah kereta...biarkan je kat situ nanti dia kuar jugak akhirnya .. Arnab kat rumah ni sekarang ada 12 ekor.. sepatutnya ada 16, tapi dah mati 4 ekor..anak2 yang sedang membesar...Azib ni minat sangat dengan arnab, dia lah yang paling rajin menjaga dan memberinya makanan...

01 Mac 2011
Harijadi anak-anak
Pengantin Baru
Pada cuti tahun baru cina baru-baru ni, cik ann dapat seorang lagi adik ipar... cuma tidak sempat dimuatkan dalam masa yang terdekat...
Selamat pengantin baru buat mereka walaupun sudah agak terlewat.....

24 Februari 2011
cepatnya masa berlalu
Rupanya bulan februari dah ke penghujungnya.... ini bermakna sudah hampir 2 bulan sesi persekolahan berlangsung.... tak sedar masa begitu pantas sekali...
Anak-anak semakin gembira dengan suasana sekolah baru sekarang...tidak lagi kedengaran tentang sekolah lama, cuma hanya terkenangkan kawan-kawan sahaja.. Pendek katanya sudah selesa dengan persekitaran yang baru..

25 Januari 2011
anak-anak...
Hari ini ujian TOV bagi semua murid tahun 2 -6 telah bermula sehingga hari khamis ini... Balik sekolah petang kelmarin, afiq mengadu sakit kepala...nampaknya selepas diberikan ubat, tidur sekejap , nampak berkurangan, tapi malamnya pulak demam.... kasihan pulak...nak periksa demam...
Pagi tadi, bila afiq bangun terus makan ubat, nampaknya demam makin kuat..makan ubat dan tetap ke sekolah kerana hari ini ada ujian... minggu lepas Azib yang demam namun tidak melarat..berkebetulan dengan cuti hujung minggu...mungkin musim demam memandangkan sekarang cuaca yang tidak menentu...
Hari khamis ini bermulanya latihan untuk larian kecergasan...bagaimana agaknya...budak2 tu boleh berlari atau tidak...kalau sebelum ini, kat sekolah lama..alani dan azib tu tumpang sekaki dengan ibunya di tempat checkpoint...tahun ni..tengok lah macamana...memandangkan tempat cp akhir tu depan rumah..tak tau lah kut2 terus melencong balik ke rumah...

16 Januari 2011
di sini....
Minggu ni masuk minggu ke 3 persekolahan... begitu cepat masa berlalu... tak sangka betul dah berada di sekolah ni dah masuk hampir 3 minggu... Anak-anak nampaknya dah boleh terima pertukaran sekolah ini..mungkin yang paling mereka suka ialah dapat berbasikal untuk latihan sukan di sekolah...maklumlah kalau sebelum ini hanya berbasikal di sekitar rumah sahaja..
Kesibukan di sekolah baru tidak bermakna melupakan rakan-rakan di sekolah lama... terlalu banyak kenangan pahit dan manis di sekolah yang lama...terasa rindu pada kawan-kawan....rindu dengan persekitaran sekolah walaupun di sekolah yang baru ini mempunyai lebih banyak kemudahan, namun rasanya lebih banyak lagi keistimewaan di sekolah yang lama.....
Cuma bebanan kerja yang ditanggung tidak seberat yang lama.... baru terasa menjadi seorang guru biasa, yang tugasnya hanya menguruskan p&p... kalau sebelumnya banyak kerja-kerja pengurusan yang terpaksa dibuat... itulah yang dikatakan , lain tempat lain caranya...
Modul OUM pun dah dapat, maka bermula lah sesi Januari... semester ni semester yang pendek, kelas tutorial pun hanya 4 kali sahaja tetapi modulnya 3...padat jugak tu.... makin lama belajar, semakin mencabar... yang pastinya bila dapat soalan tugasan nanti...kepala makin pusing...

03 Januari 2011
Hari Pertama Sekolah
Hari ini merupakan hari yang pertama persekolahan bagi tahun 2011... Hari ini merupakan hari pertama di sekolah baru...namanya dah lama mengajar tapi dek kerana dok kat satu sekolah lama sangat sampaikan tak sedar masa berlalu dengan pantas... Pejam celik pejam celik rupanya dah 15 tahun bergelar pendidik... dah 15 tahun jugak lah di panggil ' cikgu'. Rombakan pertukaran dilakukan bagi guru-guru yang telah lama berkhidmat di satu-satu sekolah...nampaknya cik ann ni tergolong dalam kumpulan itu rupanya....
Rasa kaku , canggung dan bermacam lagi perasaan yang terasa... dari sekolah zon yang lain, masuk ke zon jerteh ini..manakan kenal kawan-kawan..nasib baiknya kenal dua tiga orang yang sama belajar di OUM.. kalau tak lagi terasa... lain sekolah lain budayanya, lain corak pentadbirannya. mungkin kerana sentiasa berada di dalam keadaan zon selesa menyebabkan terasa sedikit kelainan di tempat baru ini. Semua ini hanya sementara sahaja, dalam seminggu dua, semuanya akan seperti sedia kala..." dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung"..
Dalam kepala tak terfikir untuk bertukar sekolah, perancangannya pada tahun hadapan... tapi tetap akur pada keadaan.. selagi kita bergelar guru, dimana-mana sahaja kita bertugas tugasnya akan tetap sama.. Terima kasih buat hubby kerana telah banyak menyuntik semangat.. Cuma terasa kasihan pada afiq, tahun ini menduduki UPSR, kena bertukar sekolah dan terpaksa berdepan dengan suasana yang baru, mungkin dengan iklim sekolah yang agak berbeza. Walau apapun, belajar dimana -mana tetap sama asalkan rajin dan berusaha akan mendapat kejayaan.

22 Disember 2010
Azam Baru
Sempena tahun baru yang akan menjelang tiba....maka azam baru akan tersemat....setiap orang mempunyai azam untuk menempuh tahun baru..
Nampaknya untuk tahun baru ini kena bermula dengan azam baru.... tahun depan bermulanya dengan suasana yang baru, kawan-kawan yang baru dan yang paling penting dengan bos yang baru....minggu ini baru dapat surat untuk pertukaran guru...nampaknya saya ni salah seorang yang termasuk dalam rombakan pertukaran besar-besaran itu....maklumlah...rasanya dah berkulat dok kat sekolah lama...bermulanya dari posting sampai lah sekarang.. dari bujang sekarang dah ada anak....rasanya dah 15 tahun disini.... sebenarnya terlalu banyak kenangan pahit dan manis bermulanya langkah menjadi seorang pendidik.... itu asam garam kehidupan..setiap pertemuan pasti adanya perpisahan...rindukan pada teman-teman...rindukan pada kenangan dan persekitaran...... yang pastinya tahun baru ini akan melangkah denagan seribu pengharapan ..
Tahniah juga pada my hubby yang telah dinaikkan pangkat......selamat bertugas ditempat baru... semoga dapat menjadi seorang bos yang berdedikasi dan bertanggungjawab... setiap cabaran yang mendatang jika dapat ditangai dengan berkhemah akan menghasilkan kejayaan...
Yang paling sedih namapaknya anak sulung lah... maklumlah tahun baru ini akan menghadapi UPSR... setara sayang untuk meninggalkan kawan-kawan dan guru-guru.... yang dua orang lagi tu lagi seronoklah dapat sekolah dekat rumah....

05 November 2010
Kem Memanah
Ni masa temankan anak murid ( 2 lelaki dan 2 perempuan ) di Kem memanah daerah bawah 11 tahun. Rupanya memanah ini walaupun agak merbahaya tetapi jika mengikuti langkah keselamatan yang sepatutnya, ia tidaklah merbahaya... sangat menyeronokkan..Masa murid-murid memanah, senang2 je arahkan murid biar memanah tepat pada sasaran...tapi rupanya sangat sukar nak kena pada sasaran... Pada akhir kem, semua guru pengiring di adakan pertandingan memanah... masa tu baru lah tahu betapa sukarnya nak memanah...nampak macam senang..tapi nak kena sasaran tu susahnya...
Tapi ini lah pengalaman yang tidak dapat dilupakan...berbaloi lah kalau menunggu seharian..banyak ilmu yang di perolehi... Salah seorang murid perempuan dari SKK telah terpilih untuk ke peringkat negeri selama 3 hari bagi Karnival Memanah Bawah 11 tahun pada 4 - 6 Nov.

lamanya menyepi
Dah lama tak bukak blog ni....dari sehari ke sehari, dengan kekangan masa ....banyaknya perkara yang perlu diselesaikan...ingatkan selepas peperiksaan upsr selesai..bolehlah dok goyang kaki.... nampaknya makin banyak perkara yang kena dilakukan.... pening-pening... sekarang ni dok tengah tanda kertas peperiksaan akhir tahun...nak buat persiapan untuk majlis kecemerlangan sekolah....
Dalam kekalutan diakhir tahun...banyak pulak kursus dan urusan berkaitan sekolah yang kena selesaikan...apa yang memeningkan ...semuanya kena uruskan secara online...aduh...dengan line internet yang low kat sekolah ..semuanya kena dibereskan dirumah...nasib badan... apa nak jadi dengan tugasan yang perlu dihantar pada tutor...deadline dah dekat ???? .

14 Oktober 2010
Selamat Bertunang
Selepas hari raya aidilfitri, persiapan dibuat untuk pertunangan adik lelaki. Majlis ini diadakan dengan sederhana sahaja. Hanya adik-beradik sahaja yang menghadiri majlis ini... bila keluarga yang besar, ramailah anak-anak buahnya...
Langgan:
Catatan (Atom)