Hanya semalam cik ann sempat buat slaid untuk jamuan perpisahan tahun 6 ni... sebelum ni nak siapkan kertas2 exam dulu...nampaknya bila my hubby sibuk nak uruskan persaraan gb nya hari ni... cik ann pun sibuk sama... maklumlah sekejap hubby nak ajak beli perabut lah... nak tengok barang2 lain....
Dua tiga hari sebelum ni, tolong siapkan slaid untuk gbnya... cik ann ni tak berapa mahir nak gunakan program utk buat slaid video... try and error lah... buat2... tengok2 tak jadi.... akhirnya dapat juga cik ann siapkan malam kelmarin.... terpaksa bersengkang mata lah.... slaid ni utk program dalaman sahaja kelmarin.....perpisahan antara gb dgn staff dan murid2.. yg rasminya utk hari ni ustaz kat sek dia yg buat...
boleh lah... dalam try and error ni dapatlah siapkan juga...
semalam bersengkang mata nak siapkan slaid jamuan akhir tahun ni... tambahan pula cik ann nak masukkan gambar2 penyelaras (kak nab) yg telah naik pangkat.. hari ni dijemput khas datang ke sekolah.... gambar2 murid pun hanya suruh mereka sendiri yg ambil... tak kena dengan kehendak... walau bagaimanapun ok lah.. cuma gambar2 guru2 sahaja yg ada sedikit shj dalam simpanan... apapun gunakan saje mana yg ada...
mungkin dah beberapa hari tidur yg tidak menentu.. pagi ni demam pulak... tel pk1 pergi lewat ckit ke sek.. nak g klinik... anak2 tak payah pergi lah sek.. ummi tak sihat... apa lagi bersorak lah... malas ... tapi kat sek sekrg tak belajarpun.. masing2 bezy utk majlis esok.. ibu bapa kena datang sendiri utk tandatangan buku pkbs anak2..
alamak... nampaknya mid term exam sabtu ni jawab ape ye utk ethics ni.... tak sempat2 nak membaca... ari sabtu ni ada satu lagi majlis jamuan ahkir tahun.. buat kat restoran sham bunga raya di kb... pendeknya cik ann kena drive sendiri lah... nak pergi periksa.( ada dah penumpang 4 org dah booking).. lepas exam pi jamuan lak...jalan2 kat kb ni bukan biasa sangat.. selalunya ada diver kat sebelah.. kira redah je lah... guru2 yg lain pergi naik bas... bersama2 dgn staff yg lain.. hanya berapa kerat shj yg naik kereta..
**** gambar tak sempat nak upload... tambahan lak tak berapa cantik.. bdk2 tu yg ambil hari ni... cik ann dok jaga laktop je.. x sempat nak snaps.. tunggu majlis satu lagi ni..
Hidup ini adalah warna-warna yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna
Assalamualaikum
Terima kasih kerana sudi berkongsi bersama-sama di blog ini dan saling bertukar pandangan. Jika anda melakukan apa yang selalu dilakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat.
Setiap perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama. Tiada apa-apa yang terjadi tanpa langkah pertama.

11 November 2009
07 November 2009
hujan... hujan..
Dalam dua tiga hari ni... hujan mula turun seakan bermulanya musim banjir.....
Cik ann terpaksa menyiapkan assg TMK yang belum lagi siap... hajatnya hari khamis( kelmarin tu ) nak settle semua... so balik sekolah lewat ckit nak selesaikan kerja2 terakhir untuk persembahan p point... anak2 bertiga tu senyap je... ingatkan main dekat dewan... rupa2nya jadi anak itik bermain air hujan....dalam hujan lebat.... ... habis basah semua baju2 sekolah.. .. time naik kereta... basah semuanya.... alamak seminggu lah kereta berbau....
petang khamis pergi HUSM, nak melawat amin... agak2nya lepas ni serik sedikit nak bawa motor laju... berbungkuslah selama 6 bulan nampaknya...... pi round2 jap kat pasaraya baru nirwana depan husm ni... nampaknya barang2 kat cni murah2 lah... boleh lah nanti window shopping d cni..rasanya buah kat cni paling murah lah nak dibandingkan dengan tecso.... nak shopping banyak pun tak de modal sangat... maklumlah panjang lagi masa nak time gaji.... kena berjimat cermat...
sepanjang jalan nak balik memang hujan sangat lebat.. rasa2nya kalau hujan berterusan ni boleh banjir... kat rumahnya pasti ada air kat jalan ni... ..
pagi jumaat tu... air dah naik dekat jalan... nampaknya tak boleh dah keluarkan kereta ikut depan ni, air banyak...air hujan je sebenarnya... terpaksa keluar ikut rumah c ma...
Ada kelas kat maktab dari pagi sampai petang, break jap utk sembahyang jumaat je..tghari tu, hubby tel air naik kat depan rumah. tak boleh masuk dengan kereta dah.. nak keluar pun tak boleh... nasib baiknya tghari stay kat maktab, kalau balik rasanya penat je..
sampai kat rumah dekat kul 6 tu.. hujan dah reda.. dah boleh masuk kereta tapi ikut jalan rumah c ma je... ikut depan tak boleh lagi... banyak lagi air...
kat rumah ni bukannya air banjir, tapi air hujan....
sekarang ni kepala rasa lega je lepas hantar assg nak merdeka tak boleh lagi .minggu depan exam mid term lak... ape pun minggu depan result upsr keluar..... camne ye....

03 November 2009
terkenang rakan2 lama
Setiap hari sentiasa sibuk dengan tugasan harian... maklumlah di akhir tahun ni banyak kerja2 yang perlu diselesaikan sebelum bermulanya cuti panjang...
Terkenang pada rakan-rakan yang lama... kenangan semasa di maktab, bagaimana dengan rakan2 yang lain..
Bagaimana dengan corak kehidupan masing-masing... sudah 14 tahun meninggalkan maktab yang telah menjadikan kita semua seorang guru ..
Untuk rakan serumah sewa, hanya nasirah yang kini masih lagi terus berhubung. Andaikata kita semua dapat berkumpul sekali lagi, sudah tentu lebih meriah dengan cerita kehidupan yang dilalui bersama.. buat teman2 MT2 di mpktbr sesi 1993/1995 semoga ada kesempatan untuk kita berkumpul semula... hanya masa yang menentukan..
cik ann dapat mms dari nasirah tentang babynya..kiutnya.. semoga sihat walafiat.. terkenang pada kak lisa di KL, yati kat kuantan, jiela di kemaman serta yang lain... semoga tetap menjadi seorang guru yang berdedikasi....
***nak masukkan gambar lama tak sempat nak scan lagi...
Terkenang pada rakan-rakan yang lama... kenangan semasa di maktab, bagaimana dengan rakan2 yang lain..
Bagaimana dengan corak kehidupan masing-masing... sudah 14 tahun meninggalkan maktab yang telah menjadikan kita semua seorang guru ..
Untuk rakan serumah sewa, hanya nasirah yang kini masih lagi terus berhubung. Andaikata kita semua dapat berkumpul sekali lagi, sudah tentu lebih meriah dengan cerita kehidupan yang dilalui bersama.. buat teman2 MT2 di mpktbr sesi 1993/1995 semoga ada kesempatan untuk kita berkumpul semula... hanya masa yang menentukan..
aisyah mariah....
***nak masukkan gambar lama tak sempat nak scan lagi...
02 November 2009
minggu ni...
Minggu ni peperiksaan akhir tahun bermula...
Hari ahad sampai hari khamis... macamana dengan anak-anak dan anak-anak didik... berbaloi kah apa yang diajar selama ini....tengok lah results nya nanti...
Tapi apa yang pasti, selepas peperiksaan ini maka makin bertambah lah kerja guru-guru ni... nak tanda kertas, nak isi markah untuk buku pkbs dan susunan kelas untuk tahun depan....kerja-kerja lain lagi... pendek kata selagi bergelar guru... banyak lah pengorbanan yang terpaksa dilakukan...itu seorang guru ....
debaran kian terasa bila di ambang bulan november ni ... pada minggu akhir persekolahan yang pastinya keputusan UPSR akan keluar dan menampakkan hasil tungkus lumus guru-guru terutamanya guru-guru tahun 6.... apapun keputusan... itulah hasil yang di capai...insyaallah..
Tengahari ni dikejutkan dengan panggilan telefon dari hubby mengatakan anak buahnya, amin Cik Lah, kemalangan motor... patah tangan , kena hantar ke HUSM... berbalutlah tangannya nanti selama 6 bulan...
Amin....Amin... bawak motor laju-laju.. ni lah akibatnya... semoga cepat sembuh...
Hari jumaat ni kena hantar dah assg... pening kepala teringatkan assg seni... kena buat buku scrap...tutor ni macam-macam kejap buat camni... last minute tukar pulak... rasanya malas dah nak baiki sebab semuanya dah siap kena baiki... semestinya nanti nampak kurang cantik... apapun en rashid kira ok lah ye...

26 Oktober 2009
kenduri kahwin
Sepatutnya cik an kena menghadiri kenduri kahwin mak saudara di felda kerteh pada ari sabtu lepas( 24 hb) , di kemaman..
tapi nak di jadikan cerita.. tarikh hari tersebut ada pulak kuliahnya... dah nasib badan..
Yang lebih harunya.. cik ann ada kelas pada hari jumaat dan hubby pada ari sabtu... cadangnya nak pergi ari sabtu... kalau hubby dah tak dapat pergi.. kena menumpanglah dengan orang lain... tapi semuanya pergi pada ari jumaat...
sebenarnya kalau benar2 nak pergi boleh rasanya ... tapi ada pulak masalah yang timbul... kesian pulak pada alani dan azib... orang lain semuanya pergi...alani pulak asyik bertanya bila nak pergi umi... jadi ke tidak..
Cuma sempat kirimkan hadiah buat pengantin.. hari ni dapat jugalah bunga telur kiriman dari pengantin, bonda yang bagi.. dok fikir2 .. rugi jugak lah tak pergi.. maklumlah boleh jumpa keluarga semua.. bukan boleh selalu berjumpa kecuali ada kenduri macam ni... dengar ceritanya, kenduri besar lah sebab anak perempuan tunggal.. ada lagi anak yang lain tapi lelaki...

24 Oktober 2009
Aku dan 4 isteri..
Aku seorang ahli perniagaan yang punya empat isteri. Pada kesempatan ini aku ingin bercerita tentang isteri-isteriku. Berminat? Ayuh, mari ikuti kisahku. Kumulakan dengan isteri yang paling kusayang. Siapa lagi, kalau bukan isteri yang keempat. Dia paling muda, paling bertenaga. Dialah isteri yang paling kucintai. Justeru dia sangat banyak membantuku. Kalau aku keletihan, dialah yang meyelesaikan segala kerja yang melibatkan tenaga. Dia macam tidak pernah keletihan. Oh, bertuah sungguh punya isetri muda yang kuat dan bertenaga. Dia adalah pujaanku yang sentiasa kujaga dan kudambakan kasihnya.
Isteriku yang ketiga tak kurang hebatnya. Dia antara keempat-empat isteriku, dialah yang paling cantik. Wajahnya sangat memikat siapa sahaja yang melihat. Pandai berhias dan bergaul dalam majlis. Dialah yang selalu menemaniku ke majlis-majlis penting. Oh, bangga dalam hati…apabila memperkenalkannya kepada teman-teman. Muka dan tuturnya sangat manis kelihatan.
Isteriku yang kedua apa kurangnya. Walaupun tidak secantik dan bertenaga seperti ketiga dan keempat, dia punya akal yang cerdas. Sangat pandai dan pintar dalam menyelesaikan masalah. Oh, sungguh bertuah…jika aku buntu, dialah yang menjadi tempat rujukku. Ada sahaja buah fikiran dan jalan penyelesaian yang dia ketengahkan.
Aduh, inilah isteri pertama. Rupa tidak ada. Fikiran di tahap biasa-biasa sahaja. Tenaganya pula sudah semakin diragut usia. Kehadirannya semacam tiada. Pergi tidak mengurang, datang tidak menambah. Hendak kucerai tidak sampai hati. Mujur, dia tidak kisah walaupun aku jarang-jarang datang menemuinya. Bukan tidak kasihan, tetapi apa boleh buat, hatiku tidak ada lagi padanya. Isteri tua….
Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari, tiba-tiba kurasa badanku lemah. Pandanganku berpinar-pinar. Dan akhirnya aku jatuh terjelepuk sewaktu melangkah keluar daripada satu mesyuarat di pejabatku. Dengan segera aku dihantar ke hospital. Kaki tangan dan badanku tidak dapat bergerak-gerak lagi. Ya Allah…apa sakitku?
Doktor datang dan berkata perlahan, “Maaf tuan, saya terpaksa berterus-terang.” Aku mendengarnya dengan gentar. “Tuan diserang barah di tahap terakhir. Mengikut pemeriksaan dan penyelidikan kami, umur tuan tidak panjang. Paling lama dua bulan. Tetapi ajal maut di tangan Allah. Banyakkanlah berdoa. Di sudut perubatan, tidak ada apa-apa lagi yang boleh dibuat kecuali mengambil uabt penahan sakit!”
Aduh! Bagai disambar halilintar. Aku akan pergi buat selamanya. Mujur, mulut masih boleh berkata-kata. Lalu kupanggil keempat-empat isteriku. Ingin kutemui mereka seorang demi seorang. Merekalah tempat aku meluahkan resah dan takut di dada ini. Pertama kutemui tentulah isteriku yang tersayang – isteri keempat.
“Yang, kau tahu abang akan pergi tidak lama lagi. Jika ditakdirkan, sudikah kalau kau mati bersamaku? Untuk menemaniku di alam barzakh sana?” tanyaku perlahan sambil meramas-ramas tangannya penuh kasih sayang dan harapan.
“Bang, soal mati jangan buat bergurau. Abang pun tahu saya muda lagi…Abang mahu saya mati sama? Oh, tidak. Abang perlu faham situasi saya. Jika abang mati, relakanlah saya meneruskan kehidupan dengan lelaki lain. Takkah abang tega membiarkan saya yang masih muda ini hidup menjanda.”
Terlepas tangannya yang kupegang. Aku renung matanya untuk mendapat kepastian. Ya, dia pasti. Tidak ada ragu yang dapat “kubaca” daripada sinar matanya. Jika aku mati nanti, dialah isteri yang paling awal tidak bergelar janda. Janda muda, siapa yang tidak teringin!
Apabila isteri ketiga memasuki ruang kamar. Aku masih mampu melontar sisa-sisa senyuman yang masih tinggal. Wajahnya cantik, molek dan rupawan seprti biasa. Oh, alangkah sukar untuk berpisah dengannya nanti.
“Darling, abang akan pergi selamanya…”
“Ya bang, saya sangat sedih membayangkan hidup tanpa abang disisi,” balasnya bersama tangisan.
Ah, ada harapan, bisikku dalam hati.
“Darling, sudikah kalau kau menemani abang di Barzakh nanti, sebagai bukti cinta kita?” kataku menduga cintanya.
Dia tersentak. Matanya yang bak bintang timur seakan terbeliak. Dan lehernya yang jinjang menggeleng-geleng perlahan.
“Bang, kita perlu rasional. Kecantikan saya memang untuk abang, tetapi semasa abang hidup sahaja. Apabila abang mati, say aperlu teruskan kehidupan. Selain daripada harta yang abang wariskan, kecantikan inilah asset saya untuk meneruskan kehidupan.”
Oh, kau juga serupa. Alangkah seksanya apabila memikirkan kecantikanmu akan dinikmati oleh lelaki lain. Harapanku hancur.
Ya, isteri yang kedua adalah harapan terakhirku. Dialah yang sering menyelesaikan sebarang masalah. Tentu “masalah” ini juga mampu diselesaikannya.
“Abang perlu pandangan saya untuk menyelesaikan masalah abang?” Tanya isteri ketiga sebaik bertentang mata.
“Ya, ya…kaulah satu-satunya harapan abang yang masih tinggal.”
“Saya akan membantu sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah abang dengan lancar…”
“Dengan lancar?”
“Ya, soal pembahagian harta pusaka akan saya uruskan dengan baik. Perniagaan abang pun telah saya semak semua hutang piutangnya. Insya-Allah, perniagaan dapat diteruskan. Abang usah risau. Batu nisan yang mahal tealah saya tempah. Begitu juga dengan tanah perkuburan. Imam, jemaah dan masjid untuk solat jenazah sudah pun saya tentukan. Abang jangan takut, semuanya sudah selesai saya uruskan.”
“Bukan itu masalah abang. Itu bukan masalahnya. Tapi masalah abang ialah abang takut hidup bersendirian dalam kubur. Sekian lama kau dapat menyelesaikan semua masalah abang…kini bantulah abang seperti biasa.”
“Apa masalahnya, bang?”
“Sudikah kau menemani abang di alam kubur?”
Isteri keduaku terkejut. Dia menutup muka dan berlalu segera sambil menangis. Harapanku hancur. Semua yang tersayang sudah tidak sudi lagi. Aku terkapa-kapa sendiri untuk menghadapi hidup selepas mati. Alangkah sepinya hati dan ngerinya nanti. Tiba-tiba….”Assalamualaiku, bang.”
Ah, terlupa…aku masih lagi punya satu isteri lagi – isteri pertama.
“Waalaikum salam,” jawabku hambar. Aku tidak mengharap apa-apa daripadanya. Aku tidak akan mengemukakan apa-apa permintaan, justeru aku dapat meneka apakah jawapannya nanti. Mustahil dia yang sering aku tinggalkan sudi menemaniku.
“Terima kasih kerana abang masih sudi menemui saya,” katanya sebaik bersalaman.
Isteri pertamaku merenung mataku. Matanya bersinar jernih dan ketenangan tidak tercabut daripada cahaya pandangannya walaupun usianya sudah lanjut.
“Abang, saya sanggup menemani abang. Ke mana sahaja. Di mana jua. Saya sanggup menemani abang sekalipun terpaksa mati bersama. Jika ditakdirkan, saya sanggup menemani abnag di alam kubur!”
Ah, alangkah gembiranya hatiku. Rupa-rupanya dia yang sering aku pinggirkan itulah yang paling setia dan berguna. Aku terharu dengan keikhlasannya. Dialah hakikatnya isteri sejati dan hakiki walaupun tidak ada tenaga, rupa dan idea.
Saudara-saudari, siapa ‘aku’ dalam cerita di atas? Siapa lagi kalau bukan diri kita. Kitalah yang punya empat ‘isteri’. Isteri keempat ialah jasad dan tubuh kita. Daripadanya kita mendapat kekuatan dan tenaga. Justeru, “dia” kita jaga sepenuhnya. Diberi makan dan minum dan dilindungi daripada penyakit. Kita sangat sayang kepadanya. Masa, harta dan perhatian kita kekadang dihabiskan sepenuhnya dan seluruhnya untuk membelai anggota badan kita. Jangan sakit, cacat dan lemah. Pelbagai makanan tambahan, ubat-ubatan serta rawatan kita usahakan untuk mendapat tenaga daripada tubuh badan.
Isteri ketiga kita ialah harta. Siang malam kita memikirkan bagaimana menambahnya. Bagaimana meningkatkan kewangan keluarga. Tidak cukup dengan kerja yang ada, kita usahakan kerja tambahan. Apabila wang bertambah, simpanan meningkat, kita belikan asset. Kita bangga “memperagakan” rumah, kereta dan segala asset pencarian kita. Ironis sekali, seolah-olah “nilai” kita terletak pada barang-barang bernilai yang kita miliki itu.
Isteri kedua kita ialah anak, isteri, sanak saudara dan sahabat-sahabat kita. Pada merekalah kita meluahkan masalah. Pada merekalah kita harapkan pandangan, nasihat, teguran dan jalan penyelesaian. Merekalah yang selalu kita temui, jemput dan raikan dalam hidup. Hidup akan sepi tanpa mereka di sisi.
Isteri pertama kita ialah amal ibadah kita kepada Allah. Itulah yang sering kita lupakan. Kita pinggirkan. Bila hendak menambah amal? Nanti, esok masih ada. Bila hendak taubat? Tunggu, usia masih muda. Segala kebaikan sama ada yang berbentuk hablumminannas (hubungan sesama manusia) sering tidak mendaoat keutamaan. Segala-galanya hanya seperti “isteri tua” yang tidak mengghairahkan dan menggiurkan lagi.
Namun, akan tiba masanya nanti (dan itu pasti), akan terserlah jua mana “isteri” yang benar-benar jujur dan setia. Ketika saat berangkat yang didahului oleh sakarat itu, apakah ada debu amal kita yang akan bertukar menjadi permata? Aduh, alangkah sepi dan malangnya kita pada malam pertama di alam kubur sana…tanpa “isteri” yang sudi mendakap kita?
" semoga mendapat iktibar untuk kita semua "
petikan : artikel dari laman hanan.com.my

17 Oktober 2009
bulat...ooo bulat..
ni kucing kesayangan anak-anak saya ni... kami semua pelihara dari kecil lagi... setiap hari berebutlah alani dengan azib nak bermain kucing..
setiap hari, bila balik dari sekolah..dengar sahaja bunyi kereta pasti bulat berkejar balik dan menunggu depan pintu... nak makanan ..lapar.... nasi tak makan tapi hanya makan makanan kucing saja..

ni tidur atas katil bersama dengan alani ni.... setiap malam..
Jamuan kecemerlangan
Buat pertama kalinya kat sekolah mengadakan jamuan kecemerlangan bagi meraikan murid-murid yang mendapat kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum... nampaknya jamuan ni 2 in 1. Satu lagi jamuan perpisahan untuk cikgu Zainab yang akan naik pangkat PK1 di SK Kg Buluh... tahniah.. sedih juga yee... dah lama kak Nab mengajar disini dalam 12 tahun... berkuranglah satu teman... nampaknya jawatan penyelaras upsr tu kosong dan siapakah yang mengantikannya nanti... kena tunggu mesy upsr minggu depan...
jamuan kecerlangan ni... ada lah my dohter yang dapat juga ... dari awal tahun dapat 5A...
ni hadiah dari team upsr... wah!!! dapat cadar...
hadiah dari kelab guru... buku ilmiah.
ni my doter ... tahniah kakak..
ni tengah dok bersiap untuk jamuan.... ada yang curi tulang nampak....he..he..he..
10 Oktober 2009
Sekolah...sekolah....sekolah...
Dah lama tak update blog ini..bukannya ape.. tak sempatpun nak bukak intenet. Rasanya kerja sambung menyambung.. lepas satu-satu yang datangnya.. habis saje pendaftaran online upsr selesai, dok sibuk lak dengan mesy panitia yang belum selesai... datang pulak lah pasal aset kerajaan ni... banyaknye benda kena buat.. tak tau apa-apa tentang aset ni, nasib baiklah pergi taklimat dengan cc.. bolehlah bertanya dan settle kan hal ni... Boss pun bimbang jugak kut.. maklumlah pada 12 hb ni ppd yang akan turun ke sekolah untuk memantau dan pada 18hb ni pulak... pihak kementerian bahagian aset akan turun ke sekolah di besut ni... tak tau lah pulak sekolah mana yang terlibat nanti..
ni khemah tunas puteri... nak sempat nak berhias cantik2... maklumlah kita tak de org lelaki...
semuanya puteri....
Alamak... sekolah pun sibuk nak berkhemah... dalam musim angin ribut dan cuaca yang tidak menentu ni nak berkhemah lah pulak... haru birunya nanti... nak buat minggu depan nak cuti hari ahad tu dah raya deepavali so.. nak tak hendak minggu ni pulak.. Petang khamis.... hujan dengan lebatnya turun sambil kilat sambung menyambung... rasanya belum masuk asar lagi dah hujan... cadangnya nak ke sekolah awal ckit sebelum asar tapi dek hujan lebat pergi dah kul 6... kat sekolah x de letrik le... harunya ... waktu makan... anak-anak ni makan dalam gelap je... nasib baik cikgu yang masak makanan semua.. kalau tak kebulur lah anak-anak yang berkhemah ni.... untung badan budak sekarang... zaman kita dulu, time khemah ni masak sendiri... kalau nasi mentah pun telan je lah ...manja2 semuanya.. sembahyang mahrib dalam gelap.... nasib baik masa lepas sembahyang elektrik dah ada... bolehlah baca yasin beramai2... esok sehari lagi...tapi kejap je.. selepas majlis penutup kira dah abis ni.. tak sempat makan tengahari pun.... yang bestnya... ari ahad cuti.... bolehlah buat assg...
ni gajet yang sempat dibuat.... ala kadar je...
nasib baik tak runtuh je...
ni gambar unit tunas puteri.... cikgu kat tengah tu tenggelam dengan anak2 buah...cg yang lain tak nak masuk bergambar... maklumlah panas ni...
ni taklimat yg di berikan oleh kem komander ... ustaz faiza dgn cikgu rizal..
Hari rabu (7/10/09), kelas 5 Arif buat majlis perpisahan untuk cikgu Zainab yang akan bertukat ke SK Kg buluh, naik pangkat jadi PK 1... tahniah....moga menjadi seorang PK yang berkalibar.... esh..eshhh.. sedihlah pulak... murid2 tahun 5A ni dah berpakat untuk buat jamuan kejutan.... menitis air mata cikgunya terharu.... esh..esh..esh... berbaloi jugaklah saya berpakat menolong budak2 ni...
ni siap pasang2 reben kat muka pintu kelas ni...
ucapan akhir untuk anak2 didik....
aduh.... semuanya sedih... menangis lepas bersalaman....
kalau ada sumur diladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi..
wah... caya lah... ustaz yang jadi dj utk ari tu....
30 September 2009
sambutan aidil fitri di sekolah
tahun ni kali pertama sambutan diadakan secara besar-besaran... macam nak buat kenduri kahwin lak...
untuk murid buat hari isnin... dan untuk gurunya pula hari selasa... 2 hari berturut2 kena pakai baju raya...

ni biskut yang dibawa oleh murid2... dikumpulkan kat dewan... banyak jugak ya..
wah.... cikgunya pun sama melaramnya.... possing maut ke...
ni acara berkaroke lah bersama dengan ustaz faiza dan cikgu napisah... wah.. cayalah ... cikgu2 pun ada bakat terpendam.
emm... sedapnya makan.....
sempena dengan sambutan ni.. diadakan pemilihan pelajar yang paling kemas dan cantik berpakaian... nampaknya yang perempuan disandang oleh muird tahun 1... memang cantiknya... yang lelakinya pulak di sandang oleh my son, azib... tapi tak sempat nak ambik gambar azib... malu lah pulak dia... merajuk lak... yang pastinya bila dapat duit raya ambik je letak dalam poket... pastu... emmm merajuk je... tak nak layan dia nanti jadi makin teruk.. bimbang menangis lak... biarkan je..
ni le gambarnye... kalau tak nak digandingkan dengan azib... eeii pemalunya anak cikgu suhaimi ni...
sambutan guru2 yang diadakan pada hari selasa tu sempena pertukaran pembantu pra sekolah yang telah bertukar sekolah mengikut suaminya... tak sempat lah nak snaps gambarnya... semalam dia datang berdua dengan suaminya... nak bertukar ke Putrajaya.
menunya nasi minyak, nasi dagang, sate, nasi impit, cendol, ketupat dan rendang, tapai, kek , biskut...
wah banyak lah makanan.... ni jamuan yang paling meriah ni ... gambar lain tak sempat nak snaps... lyan je mane2 aje yang ada..
ni gambar guru2 dan staff kat sekolah... rasanya ada lagi yang tertinggal kut..
ni dewan yang dihias dengan sederhana... tapi cantik jugak
23 September 2009
lagi suasana raya
ni gambar2 yang diambil masa kat rumah....
hari raya pertama buat nasi minyak... family datang beraya le...
hai.... banyaknye makan... tadi makan kat luar..sekarang sambung lak kat dapur...
ni makan malam merangkap jamuan raye juga..
ni kat rumah kak zah
gambar izat..
anak-anak buah....nak duit ....duit raya..
.
wah.... comel2 belaka ni.... dah tak sabar nak tunggu duit raya
ni anak-anak buah.... menanti nak duit rayer le..
20 September 2009
hari raya aidil fitri
selamat... hari raya...
kepada semua rakan dan taulan...
setahun hanya sekali...
merayakan hari yang mulia ini...
wah.... malamnya main bunga api... yang syoknya main kat rumah ni dulu... pah tu pergi rumah my mum... main pulak... adik2 lelaki yang 3 org tu main bunga api besar.... eeeiiii takut lah pulak.... tapi cantiknya...
anak2 saya ni tak takut langsung... sama 2 naik minyak daa...
pada hari raya yang pertama , lepas sembahyang rayer... pergi ke rumah mentua....nak raya lah ... bukannya jauh jalan kaki... jiran sebelah je...
alamak.... sate dah habis..... banyaknya makan....ke pulun ni...raya kat rumah mentua ni tiap2 tahun makan sate.. ini lah menu tetap cik long.. malam rayanya membakar dah abis dah separuh... pagi esoknya separuh... tu yang lesap semuanya...
kita orang berpossing le..

ni kat depan rumah... anak dara besar pun main jugak ya...
wah... syoknya adik main dengan abang yaa..
pada hari raya yang pertama , lepas sembahyang rayer... pergi ke rumah mentua....nak raya lah ... bukannya jauh jalan kaki... jiran sebelah je...
alamak.... sate dah habis..... banyaknya makan....ke pulun ni...raya kat rumah mentua ni tiap2 tahun makan sate.. ini lah menu tetap cik long.. malam rayanya membakar dah abis dah separuh... pagi esoknya separuh... tu yang lesap semuanya...
kita orang berpossing le..
ni anak2 dengan anak saudara.... bergaya sakan semuanya....
tahun ni bertema kan warna coklat...
19 September 2009
berbuka puasa
hari rabu... terima jemputan untuk berbuka puasa di sekolah hubby...
pergi berdua sahaja... anak2 tidak ikut.. berbuka puasa di rumah my mum... nak main bunga api katanya..

ini dia menunya... singgang tulang, sayur lemak batang keladi, ulam, budu semestinya, kerabu terung, ayam goreng, kuih
hai... cikgu hasnah nampaknya tak sabar2 nak makan... belum masa berbuka lagi ni..
duit raya.....
hari rabu sebelum cuti ... sekolah mengadakan majlis pembahagian duit hari raya...
pembahagian berdasarkan kepada... anak2 yatim, murid termiskin dan semua murid....
dapat duit simpan elok2....
barisan para guru...

shopping lagi..
wah nampaknya lepas raya nanti makan pasir lah pulak.... shopping memanjang nipis juga lah koceknya...
ari jumaat lepas upsr pergi ke kuala terengganu.... pergi mydin lagi.... hajatnya....konon nak lepaskan tension.... tapi kalau dah pergi ke mydin tu banyak pulak lah duit yang terkopaknya.....
on the way, kita orang singgah kat pantai ru sepuluh... hilangkan mengantuk sekejap.... afiq dengan azib terlentok tidur....alahai puasalah katakan...

alani siap turun dan berpossing depan kereta lak... yang dua beradik tu tidur tak bangun2.
alahai.... lenanya.... letih ke... ni bukan kes puasa ni...
afiq ni memang puasa... bukannya lapar sangat tapi dahaga air.... tidur je fiq... nanti sampai ummi kejutkan..
tengok.. pantai yang cantik....
bila pulangnya tak sempat nak berbuka puasa kat rumah... tapi dah standby dah.. kita beli sedikit juadah untuk berbuka puasa.... hubby cakap rasanya sempat berbuka puasa di pantai ru sepuluh balik... ingat kan kita je yang berbuka di situ ... rupanya ramai lagi orang lain yang berbuka... boleh dikatakan sepanjang pantai yang mempunyai bangku ada lah kereta yang berhenti untuk berbuka.... pertama kali berbuka tepi pantai.... nasib baik nampak lagi makanan... selesai makan barulah malam mula merangkak...
makanan ala kadar tapi seronok....
inilah menunya.... nasi goreng paprik dan nasi campur...
sempat lagi berpossing....
projek kuih rayer...
lepas exam upsr ada masa satu minggu lagi sebelum beraya.... kami guru2 tahun 6 buat projek kuih raya... untuk tahun 6A je.... kelas yang lain malas lah pulak... nak buat kutipan susah.... tambahan pulak ramai pelajar tak datang... kalau yang datang tu cuma nak bermain2 je dalam kelas... tapi kelas setakat ni terkawallah pasal puasa.. murid2 dok dalam kelas je... kalau tidak jenuhlah memuncung pk1 kita tu.... emmm nanti macam2 hal lah pulak...biasalah... pk1 yang berdisiplin lah katakan...
teacher normarzita yang ketuai semua ni... saya cuma bagi guna bilik kh je... dapatlah tumpang semangkuk kuih raya...untung badan gtu.. punya lah seronoknya budak2... tapi yang pastinya... sifu kita, cikgu ruzinar yang adunkan dulu ...buat biskut dahlia.. alamak... yang harunya buat biskut banyak tapi ovennya ada 2... mana cukup beb....

wah seronok ye...
yang ni bakal chef wan ni... dia sorang je lelaki yang turut membakar kuih rayer.. yang lainnya lepak je..
cantik jugak ya hasil tangan budak2 ni... nanti boleh lah ambik upah buat biskut raya...
merdeka....ooo .merdeka
abis semua exam upsr ni rasanya lega yang amat sangat.... semoga segala penat lelah kami semua berbaloi... nampaknya anak2 pun happy je lepas exam ni.... cikgu pun sama lah... boleh lah senyum sekejap... tapi kena tumpukankan pulak pada murid2 tahun 5.... nanti tahun depan tidak lah teruk sangat.... sekarang ni kenapa lah... subjek matematik merupakan subjek yang paling rendah berbanding matapelajaran yang lain.... apa sebabnya tak tau.... kalau sebelum ppsmi ni... pendek kata maths tu tak ade masalah langsung... tapi sekarang... sakit kepala.... nak dapat 5A lekat pulak pada matematik...
aduhai... baru habis upsr ingat nak relaks.... emmm datang pulak kerja lain.... pendaftaran online upsr 2010 belum siap lagi.... line internet kat sekolah slow sangat.... nak buat kat rumah banyak lak kerja2 rumah yang bertimbun ni.... nasib badan....
nak update blog pun tak de masa nak bukak..... emm.. sekarang ni dalam sibuk pun masih sempat lagi buat part time... sembat baju raya.... saya ni bukan tukang jahit... tapi sekadar nak tolong adik yang menjahit... banyak jugak bajunya.... terpaksalah menggunakan masa2 yang tercelah...

10 September 2009
hari kedua upsr....
hari ini hanya satu subjek sahaja iaitu mt 1.. ada dua kemungkinan sahaja.. sama ada soalan yang keluar itu susah atau mungkin soalan biasa....
pergi kat sekolah awal juga hari ini.... masih lagi sempat meletakkan kereta di garaj... namapaknya untuk sehari dua ni bila time balik rumah.... tak lah terasa sangat panasnya.... kalau tak time pegang stering tu nak meletup rasa tangan panasnya...
anak2 didik nampak sedikit relaks hari ni... kutnya pasal satu paper.. saya dah pesan tengok contoh soalan yang dibuat semasa dalam kelas...
pagi ini bos sendiri yang memberi kata2 yang terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan... mungkin sedikit petua atau kata2 akhir sebagai motivasi pada anak2 didik semua... "ya Allah permudahkan anak2 ku ini menjawab soalan dengan baik, amin.

08 September 2009
upsr....oh...upsr...
Hari ini dah masuk 18 hari kita berpuasa bersamaan 8 september ... dah tiba saatnya yang sentiasa dinanti-nantikan....debaran kian debaran yang menghantui setiap hati dan perasaan.. semua guru tahun enam resah gelisah .... adakah soalan upsr yang akan keluar ini dapat dijawab dengan baik oleh semua pelajar-pelajarnya....adakah segala tunjuk ajar yang diberikan berbaloi... itulah seorang guru... setiap detik dan saat sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak didiknya.....
Pagi ini.... melangkah ke sekolah dengan penuh debaran.... hari ini murid2 calon upsr akan menjawab kertas bm kefahaman, bm penulisan dan mathematics 2... kekadang sesuatu keadaan tidak akan dijangka... turun ke sekolah hari ini lebih awal daripada biasa... hubby turun dalam 6.30pg untuk ke bilik kebal bagi mengambil soalan..... afiq, lepas sahur dipesan supaya tidak tidur nanti susah nak bangu.... ummi nak pergi awal ke sekolah ari ni....
cuma masalah dengan azib sahaja yang susah untuk bangun pagi... alani memang tiada masalah, selepas solat subuh terus bersiap dengan pakaian sekolah...
Sampai kat sekolah baru jam 7.10 pagi... masih terlalu awal... nampaknya hari ini berpeluanglah dapat meletakkan kereta di garaj kereta di dewan... kalau sebelum nya memang semput2 sampai kat sekolah... terus tiba waktu membaca doa..
Ada perkara yang melucukan berlaku hari ini... azib hari ini ,tak jumpa cari kereta bila nak letak beg pada waktu tengahari... pergi tanya ummi letak kat mana kereta....maklumlah kereta sentiasa ada di depan tempat perhimpunan...tetapi hari ini terselindung di dalam garaj.... apa tak nye... kat sekolah ni.. sapa yang sampai dulu dapatlah letak kereta di tempat teduh... kalau tak... berpanaslah sampai balik...
Semua murid tahun 6 dah sampai kat sekolah.. kita semua memang berkumpul di bilik KH..sebelum murid2 memasuki dewan peperiksaan...
Nampak seribu satu macam pada semua calon upsr... berdebar ada... takut... gementar...
semoga semua perasaan ini menjadi tenang ketika menjawab soalan nanti..

inilah debaran menanti setiap detik..... "Ya Allah, permudahkanlah urusan kami,semoga kami dapat menjawab soalan dengan sempurna, amin"..
dalam menanti debaran....masih ada lagi perkara yang mengeletik hati.... boss pun senyum jugak...
menanti untuk membaca doa sebelum masuk ke dewan peperiksaan.....
setiap pagi memang ada ustaz Jqaf yang dijemput khas untuk membaca doa... hari ini giliran ustaz faiza...
esok masih ada lagi 2 hari peperiksaan upsr.... emm... esok lagi pening kepala... walaupun hanya satu paper...math 1... tapi itulah yang sakit kepalanya... soalan memang biasanya soalan kbkk... anak didikku kelas ke 2... sudah pasti nya kalau yang susah tu kira tembak je... janji penuhkan semua tempat jawapan... semua dapat menjawab dengan baik.. insyaallah...
31 Ogos 2009
pi round kuala terenganu
Hari ni pergi ke Kuala Terengganu... pergi hantar kak ahh (anak sedara) naik bas nak pergi kuantan..
Kesian pulak pada kak ahh... terpaksa balik kampus dengan bas... sampai kat kuantan naik bas pula nak pergi muazzam... kalau sebelum ni relaks je menumpang kawan.(dah abis blaja). tapi sekarang dah terpaksa bersusah-susah ckit....tak pe lah kak ahh.... berbaloi itu semua... janji dapat berbuka puasa kat rumah lagi best.... siap kena masak lagi..
Pergi pulak kat Mydin... my hubby nak beli kopiah rayer... ramainya nye orang.... maklumlah hari ni hari kemerdekaan....masing2 nak shopping untuk rayer le... apa lagi poket tengah penuh ni....
Adik dengan kakak dah monyok muka... tak larat nak berjalan.. masing2 berebut nak masuk dalam troli...sian pulak.. puasa2 gni... tapi kalau tinggal kat rumah lagi susah... so pakai bawa semua senang cerita..
Aduh penat sungguh beratur untuk membayar... punya lah ramai ...
Tapi kira berbaloi lah... datang cni dah beli kuih untuk rayer... Kira aci tu... nak buat kuihpun rasanya tak... tambah2 baru rasa nak merdeka bila budak2 dah abis upsr...

Langgan:
Catatan (Atom)